Friday, 4 April 2014

  Hello semua... apa khabar semua nya???? sihat???? ok hari ini saya nak kongsi serba sedikit tentang tempat yang pernah yang pernah kami lawati... Baiklah pembelajaran  kami pada kali ini ialah untuk membincangkan tentang kelebihan,kelemahan ,peluang,kelemahan dan halangan atau lebih dikenali S.W.O.T analisis untuk tempat yang kami  pilih. pensyarah kami iaitu cik Nurina telah mengarahkan kami untuk membuat tugasan ini ialah secara berpasangan.

Baiklah tempat yang kami pilih ialah  Homestay nanga delok... tempat itu best tau... pengenalan untuk homestay ini ialah,, homestay ini telah didiami oleh masyaratkat iban.. kalau nak tau tentang budaya atau tradisi masyarakat iban bolehlah datang sini.. penduduknya ramah dan murah senyum dengan pelancong. jika nak ke homestay ini perlulah menggunakan bot atau perahu panjang dari jeti. perjalanan mengambil masa 45minit sahaja untuk sampai ke homestay nanga delok ini.

(pengangkutan utama yang digunakan ialah sampan atau bot kecil sahaja)

Baiklah saya akan jelaskan tentang kelebihan homestay mesti semua nak tahu kan?? ok jom tengok.. homestay ini masih mengekalkan cara lama untuk hidup dan seni  rumahnya.. mereka juga masih mengenali cara hidup yang lama,,, yang menariknya penduduk ini masih mengamalkan hidup kejiranan yang diwarisi dari turun temurun... hebat kan??? Pada  waktu malam anda akan melihat tarian tradisional yang terdapat di homestay tersebut... menarik bukan????


(pada waktu malam duduk di ruai bersama orang kampung)


Nie pula saya nak ceritakan serba sedikit tentang kelemahan  homestay tersebut... homestay ini jauh dipendalaman..homestay ini juga tiada bekalan elektrik dan masih menggunakan jenerator... homestay ini juga tiada mempunyai isyarat panggilan, homestay ini mempunyai pilihan makanan yang terhad untuk para pelancong dan kemudahan yang ada juga ialah terhad. Penduduknya juga kurang fasih dalam berbahasa Malaysia.

Nie pula saya ceritakan serba sedikit tentang peluang. Peluang untuk homestay ini  melangkah jauh ialah banyak. Ini kerana banyak pelancong yang ingin mengenali budaya dan tradisi  masyarakat iban... nak tahu apa peluang homestay ini?? jum.. pertama sekali jika laluan kenderaan ada.. sudah semestinya ramai pelancong yang akan datang dan menambahkan lagi bilangan para pelancong yang datang ke homestay ini. Homestay ini juga berpeluang kerana masih mengekalkan tradisi dan gaya hidup penduduk kampung. Selain itu, homestay ini akan menjadi terkenal di mata dunia jika penduduk kampung mempunyai bekalan elektrik yang boleh melihat dunia luar menggunakan media massa.


(nie pula gambar kami setelah habis lawatan di homestay ini)

Halangan homestay ini pula ialah?? nak tahu?? jauh di pendalaman,.. kurang promosi daripada pengunjung dan pelancong. Para penduduk kampung juga kurang mempunyai pendedahan kepada bidang pendidikan. Homestay ini mempunyai kekurangan kemudahan yang membuatkan kemajuan homestay ini menjadi halangan untuk maju.

1 comment: