Sunday, 16 February 2014

ORANG UTAN



Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Orang Utan???  Baiklah, disini kami ada memaparkan serba sedikit mengenai Orang Utan... Orang Utan di Sarawak merupakan salah satu tarikan kedatangan pelancong ke negeri Sarawak. Anda dapat menemui Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandaraya Kuching dan juga di Pusat Pemuliharaan di Matang Wildlife. 

(sumber; http://www.google.com/borneo-elephant-conservation-volunteer)

Pusat ini telah dibuka pada tahun 1975 untuk menjaga dan melindungi haiwan yang cedera, yatim piatu dan yang dirampas daripada orang ramai sebelum dilepaskan semula ke habitat yang asal. Selain itu, mereka juga menjalankan kajian terhadap hidupan dan melaksanakan program pemuliharaan spesis haiwan yang terancam. Disana nanti anda akan bertemu dengan kehidupan liar yang terkenal di Sarawak iaitu Orang Utan.
 

JIka anda ingin tahu sekarang ini terdapat 28 ekor Orang Utan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Orang Utan atau nama saintifiknya Pongo Pygmaeus hanya boleh dijumpai dalam hutan tropika di Kepulauan Borneo Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Kepulauan Borneo Indonesia (Kalimantan dan Utara Sumatera). 
Sejarah pemuliharaan ini bermula pada tahun 1996 apabila terdapatnya 2 ekor Orang Utan iaitu jantan dan betina telah dilahirkan di pusat tersebut. Disebabkan itulah banyak Orang utan yang telah dilahirkan di pusat tersebut. Apabila Orang Utan tersebut sudah pandai berdikari, mereka akan dibebaskan ke hutan belantara sebaik sahaja Orang Utan tersebut meningkat dewasa.
Bukan sahaja dipusat tersebut, ianya juga sama seperti mana- mana pusat pemuliharaan hidupan liar yang lain. Dimana ianya juga telah dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar.

(anak orang utan)
(sumber;http://www.google.com/javabackpacker.blogspot.com)

Jika anda ingin tahu, jangka hayat Orang Utan dihabitat liar mampu mencecah sehingga 45 tahun dan jika dipelihara di dalam pusat pemuliharaan ia mampu menjangkau sehingga usia 60 tahun. Bagi anak Orang Utan ianya bergantung kepada ibunya untuk menyusu dan mendapatrkan perlindungan selama satu hingga dua tahun sebelum bergerak bebas secara sendirian. 


Berat seekor Orang Utan : Boleh mencecah sehingga 110 kilogram (kg)
Ketinggian Orang Utan : Mencapai hampir 150 sentimeter (sm)
Makanan Utama Orang Utan : Pucuk Muda, Serangga, Kulit Kayu, Bunga, Telur Burung dan Cicak Kecil.


(sumber:http://www.google.com/true-wildlife.blogspot.com)



No comments:

Post a Comment