Thursday 27 March 2014

Hai semua... pada hari ini kami telah mempelajari tentang Membina Hubungan baik Bersama Pelanggan... tetapi kami aplikasikan tentang membina hubungan baik bersama pelanggan dengan isu terbaru iaitu kehilangan pesawat MH370... semoga dengan kebaikan Tuhan kita kotak hitam MH370 akan dijumpai... sejurus itu juga, marilah berdoa untuk Pesawat MH370 untuk permudahkan segala usaha pencarian serpihan pesawat tersebut.
baiklah hari ini kami telah membuat pesawat dengan menggunakan bahan yang kami pilh seperti daripada kotak,kertas mahjong,maker,gunting,gam uhu dan pisau.. yang selebihnya hihi ^_^  terpulang nak guna apa untk membuat pesawat tersebut.

Sebagai pemandu pelancong kita seharusnya membina hubungan baik bersama pelanggan adalah untuk kebaikan dalam kerjasama mengendalikan sesuatu kerja atau menjadikan lawatan tersebut menjadi lebih seronok..
setelah berbincang ini lah yang kami dapat hasil senarai membina hubungan baik bersama pelanggan... nak tahu??? ok...
  • pemandu pelancong haruslah sentiasa senyum dan peramah bersama pelancong. 
  • pemandu pelancong haruslah menjaga emosi ketika mengendalikan sesuatu tugasan atau lawatan.
  • pemandu pelancong haruslah menjawab soalan atau pertanyaan para pelancong dengan baik dan sabar.
  • pemandu pelancong juga tidak berat sebelah sesama pelancong,
  • pemandu pelancong harus menjaga kebajikan para pelancong dan bertanggungjawab kepada pelancong
  • pemandu pelancong harulah bijak dalam mengendalikan keputusan yang dibuat.
  • pemandu pelancong juga haruslah menjawab dengan  sedaya upaya soalan yang ditanya oleh pelancong.
  • pemandu pelancong haruslah menjaga keselamat para pelancong
  • pemandu pelancong haruslah menepati masa yang telah ditetapkan.

---- nie kami sertakan dengan gambar gambar ketika membuat pesawat nie... nah.....
 ------ nie pula gambar yang kami habis atau terjadinya pesawat ini... hahhaha



walaupun semuanya perempuan yang membuat pesawat tengok betapa lawanya kami punya hahaha....

Thursday 13 March 2014

Hari ini kami telah mencuba nasib untuk menjadi ahli seni bina yang kreatif orangnya ha... kumpulan kami telah mendapat tugasan untuk membuat pelan Muzium cina.. Nak tengok betapa kreatif kami tak?? Nah ini gambar...
Sebelum membuat pelan kita kena tahu dahulu sejarah Muzium ni kan??
baiklah ni info muzium cina, muzium ini didirikan kerana pada zaman dahulu 
charles Brooke yang mahukan masyarakat cina mengendalikan pentadbiran  undang-undang dan adat yang berkaitan dengan perkahwinan ,penceraian 
,dan pembahagian harta dikalangan masyarakat cina... menarik bukan???
                                        
 (Pandangan Hadapan Model)


                                        (Pandangan Sisi Model)


(Pandangan Atas Model)


(Gambar Buddha @ tempat pemujaan kaum Cina yang menganuti agama Buddha)


(ini contoh gambar beca dan kedudukan beca yang terdapat di dalam muzium ini)



(Contoh keadaan Di dalam Muzium Cina)
(Mepunyai pelbagai dialek yang terdapat pada Masyarakat Cina di Sarawak ialah Teochew,Foochow,hokkien,cantonis,hakka, hainan, chao ann dan madrin)
(disini juga boleh mendengar pelbagai bahasa dialek yang membezakan dialek percakapan diantara kaum cina yang terdapat di Sarawak)


(Contoh perayaan yang dirayakan oleh masyarakat cina yang telah dipamerkan di Muzium Cina ini)   
contoh perayaan Tahun Baru Cina, Winter Sonata, Dragon Boat ,Chap Goh Mei dan Hungry Ghost Festivals


(Contoh Model tentang meja di sekolah Cina pada zaman Dahulu)


(Contoh Meja pada zaman dahulu yang digunakan oleh masyarakat Cina)
(model main dam atau Catur Cina)



inilah contoh model kami... Apa macam?? boleh jadi arkitek yang berkerjaya kah? hihi 







Kami telah ditugaskan oleh pensyarah kami untuk mengkaji produk yang terdapat di Taman Negara Tanjung Datu. Kami telah membahagikan diri sendiri kepda beberapa tugasan. Tugasan yang kami lakukan mengikut pembahagian tugasan yang diingini oleh pensyarah. nak tahu apa tugas kami??? Cik Rewaani bahagian pembuatan Model, Miss Shirley dan Mr Ikhram pula, mencari maklumat.. kak Jess pula, membuat slide atau Power Point dan Cindy pula, untuk mengemaskini blog ini. 

Kami telah ditugaskan oleh pensyarah mengkaji tumbuhan Putat Laut atau nama saintifiknya ialah Barringtonia Asiatica.
Nak tahu tak, apa yang menarik tentang Putat Laut ni?? ok... kami akan menceritakan tentang Putat Laut..

Pengenalan Tumbuhan terlebih dahulu, Putat Laut merupakan species pantai. buahnya boleh terapung dan menyebabkan tersebar ke pulau-pulau dan juga pantai. Nak tahu lagi apa yang menarik?? buahnya boleh mencapai ketinggian sehingga 30meter dan dahannya bercabang tau... kayunya pula boleh digunakan dalam kerja pembinaan dan pembuatan sampan. Putat laut ini juga sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh. Tahan  kayu ini kan??

(Gambar buah Putat Laut)
(Rujukan : https:www.wildsingapore.com)

Nie pula ciri-ciri daun Putat Laut.
 Putat Laut ini berbentuk bujur , panjang dan tebal. Jika anda lihat, Tepi daunnya pula,bergerigi Kecil. Urat daunnya boleh dilihat dengan jelas. pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. daun mudanya dibahagian pucuk pula, lembut dan berwarna merah keungguan. cantik bukan??? tambahan pula bunga ini,daunnya yang matang dan berwarna hijau muda dan tebal. Kalau anda nak tahu, pucuk Putat Laut ini biasa dibuat ulaman, kerabu dan perencah laksa.

(Gambar Putat Laut yang semakin membesar)
(Rujukan : https//www.flickriver.com)

Nie pula tentang bunga Putat Laut,
 bunga ini mempunyai 4 kelopak. Didalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang dan berwarna merah jambu.  Jika anda lihat, bunga ini kecil dan biasanya lebih kurang 5cm lebar. Ia tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Yang menambahkan kecantikanya, ialah kudup bunga berwarna merah keungguan. Jika anda lihat ia memang cantik bagi pencinta bunga. Namun ada juga terdapat jenis bunganya berwarna putih. Cantik tau??

(Gambar Bunga Putat Laut)
(Rujukan : Faunsfoto.blogspot.com)


Nie pula ciri bunga Putat Laut. 
Ia berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong, ia juga mempunyai 4 jalur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan dan bijinya pula besar dan keras serta membujur.

Yang lebih menarik Putat Laut ini mempunyai khasiatnya tersendiri tau... jum selongkar!!

 Pucuknya boleh dibuat ulaman. Ia juga dapat melancarkan darah dan memberi banyakk manfaat kepada golongan wanita.Best kan? Jika nak tahu, Putat Laut ini adalah herba yang sesuai tau untuk awet muda.. Sesiapa yang nak awet muda boleh gunakan Putat laut untuk memudakan wajah.. Buahnya boleh diparut dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akarnya pula yang direbus dan minum airnya boleh mengurang keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah juga tau.. Putat  Laut ini juga boeh menyejukan bdan kerana ia mengandungi saponin. 
menarik bukan?? Apalagi cuba la... Semoga berjaya...