Thursday 13 March 2014

Kami telah ditugaskan oleh pensyarah kami untuk mengkaji produk yang terdapat di Taman Negara Tanjung Datu. Kami telah membahagikan diri sendiri kepda beberapa tugasan. Tugasan yang kami lakukan mengikut pembahagian tugasan yang diingini oleh pensyarah. nak tahu apa tugas kami??? Cik Rewaani bahagian pembuatan Model, Miss Shirley dan Mr Ikhram pula, mencari maklumat.. kak Jess pula, membuat slide atau Power Point dan Cindy pula, untuk mengemaskini blog ini. 

Kami telah ditugaskan oleh pensyarah mengkaji tumbuhan Putat Laut atau nama saintifiknya ialah Barringtonia Asiatica.
Nak tahu tak, apa yang menarik tentang Putat Laut ni?? ok... kami akan menceritakan tentang Putat Laut..

Pengenalan Tumbuhan terlebih dahulu, Putat Laut merupakan species pantai. buahnya boleh terapung dan menyebabkan tersebar ke pulau-pulau dan juga pantai. Nak tahu lagi apa yang menarik?? buahnya boleh mencapai ketinggian sehingga 30meter dan dahannya bercabang tau... kayunya pula boleh digunakan dalam kerja pembinaan dan pembuatan sampan. Putat laut ini juga sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh. Tahan  kayu ini kan??

(Gambar buah Putat Laut)
(Rujukan : https:www.wildsingapore.com)

Nie pula ciri-ciri daun Putat Laut.
 Putat Laut ini berbentuk bujur , panjang dan tebal. Jika anda lihat, Tepi daunnya pula,bergerigi Kecil. Urat daunnya boleh dilihat dengan jelas. pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. daun mudanya dibahagian pucuk pula, lembut dan berwarna merah keungguan. cantik bukan??? tambahan pula bunga ini,daunnya yang matang dan berwarna hijau muda dan tebal. Kalau anda nak tahu, pucuk Putat Laut ini biasa dibuat ulaman, kerabu dan perencah laksa.

(Gambar Putat Laut yang semakin membesar)
(Rujukan : https//www.flickriver.com)

Nie pula tentang bunga Putat Laut,
 bunga ini mempunyai 4 kelopak. Didalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang dan berwarna merah jambu.  Jika anda lihat, bunga ini kecil dan biasanya lebih kurang 5cm lebar. Ia tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Yang menambahkan kecantikanya, ialah kudup bunga berwarna merah keungguan. Jika anda lihat ia memang cantik bagi pencinta bunga. Namun ada juga terdapat jenis bunganya berwarna putih. Cantik tau??

(Gambar Bunga Putat Laut)
(Rujukan : Faunsfoto.blogspot.com)


Nie pula ciri bunga Putat Laut. 
Ia berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong, ia juga mempunyai 4 jalur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan dan bijinya pula besar dan keras serta membujur.

Yang lebih menarik Putat Laut ini mempunyai khasiatnya tersendiri tau... jum selongkar!!

 Pucuknya boleh dibuat ulaman. Ia juga dapat melancarkan darah dan memberi banyakk manfaat kepada golongan wanita.Best kan? Jika nak tahu, Putat Laut ini adalah herba yang sesuai tau untuk awet muda.. Sesiapa yang nak awet muda boleh gunakan Putat laut untuk memudakan wajah.. Buahnya boleh diparut dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akarnya pula yang direbus dan minum airnya boleh mengurang keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah juga tau.. Putat  Laut ini juga boeh menyejukan bdan kerana ia mengandungi saponin. 
menarik bukan?? Apalagi cuba la... Semoga berjaya...

No comments:

Post a Comment