Tuesday 25 February 2014


ASAL USUL KAUM SALAKO RARA

Adakah anda tahu bahawa di Sarawak terdapatnya satu kaum yang dipanggil Kaum Salako Rara? Kaum salako Rara merupakan salah satu etnik yang minoriti di Sarawak dan dikelompokan dalam Bangsa Bidayuh. Etnik ini hanya tertumpu di sekitar Daerah Lundu dan mempunyai pertuturan yang unik serta sukar untuk difahami. Etnik Salako diyakini  berasal dari daerah Aliran Sungai Salako (sekarang dikenali sebagai Kecamatan di Kabupaten Sambas). Ada juga sumber mengatakan etnik ini berasal dari Sasak, Biawak (Malaysia), Lundu dan Paon. Semua informasi menegaskan bahawa nenek moyang mereka berasal dari Sarinokng (muara sungai Salako). 

Ini merupakan rumah panjang bagi etnik Salako di Kampung Pueh.
 




Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai asal usul etnik Salako, anda boleh mengunjungi Kampung Pueh yang terletak di Sematan.

No comments:

Post a Comment