Wednesday 19 February 2014



TAMAN NEGARA GUNUNG GADING


(Gambar yang telah diambil semasa sem 2012 - Cindy)

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung ganang yang indah dan ianya terletak di satu pergunungan yang terpencil di bahagian barat dimana ianya berada tidak jauh dari dari bandar kecil Lundu. Ianya terletak kira-kira 60 km (37 batu) dari barat bandaraya Kuching. Perjalanan yang diambil untuk sampai ke Taman Negara Gunung Gading dari bandar Kuching agak memakan masa selama 2 jam.

Keistimewaan taman negara ini ialah kerana ianya dijadikan sebagai tempat perlindungan tertutup bagi tumbuhan bunga Rafflesia atau dikenali juga sebagai bunga Pakma. Ianya merupakan bunga yang terbesar di dunia. Selain itu juga, Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai kawasan air terjun semulajadi yang mempunyai 7 kawasan air terjun dimana ianya menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke sana. Mereka juga boleh bermandi manda di air terjun tersebut sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

Taman negara ini mula dibuka untuk orang ramai pada tahun 1994 sebagai tempat kajian mengenai bunga terbesar tersebut dan juga sebagai tempat lawatan aktiviti pelancongan yang lebih kepada alam semulajadi. 

No comments:

Post a Comment