Wednesday 19 February 2014


Penambahbaikan untuk Taman Negara Gunung Gading

                           sumber:http://asianitinerary.com/kuching-gunung-gading-national-park/

1) Menurut petikan dari sumber tersebut mengatakan laluan tersebut licin dan perlu berhati-hati semasa menjalankan aktiviti. Oleh itu, cadangan penambahbaikan yang telah kami bincangkan ialah memperbaiki laluan jalan sepanjang Gunung Gading tersebut.
(Rujukan : https://foursquare.com/v/gunung-gading/)

2.a)  Menurut sumber dari laman web ini,  ada mengatakan harga bayaran masuk ke Taman Negara Gunung Gading agak mahal dan untuk bayaran masuk RM20. Untuk penambahbaikannya, cadangan kami ialah bayaran masuk perlu dikurangkan.
b) Selain itu, komen yang lain ialah tiada panduan atau petunjuk arah dimana terletaknya bunga Rafflesia. cadangan penambahbaikan ialah meletakkan pentunjuk arah untuk memudahkan pelancong mengetahui arah tuju terletaknya bunga Rafflesia.
(Rujukan : http://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g1642830-d456301-Reviews-Gunung_Gading_National_Park-Lundu_Sarawak.html)
 (komen daripada KR-EDINBURGH, edinburgh, united kingdom)
 

3.a) Berdasarkan komen tersebut, air terjun amat mengecewakan. mungkin kerana kesan pembuangan sampah di kawasan air terjun tersebut. Untuk penambahbaikan menyediakan tong sampah di sepanjang laluan jalan ke air terjun tersebut.
b) Selain daripada itu, komen yang lain ada mengatakan terlalu bahaya untuk memanjat batu yang besar. Penambahbaikannya ialah pelancong sendiri perlu memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan di sana. 
(Rujukan : http://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g1642830-d456301-Reviews-Gunung_Gading_National_Park-Lundu_Sarawak.html
(komen daripada myLauRaz, Sibu Malaysia)

No comments:

Post a Comment