Tuesday 25 February 2014

 JOM SELONGKAR BUDAYA NGONCONG DI MASYARAKAT SELAKO RARA


Kami telah diberikan oleh Cik Dylinda iaitu pensyarah kami tugasan mengenai suku kaum Selako Rara. Kami mempelajari sesuatu yang baru dalam mengenai kaum yang jarang diketahui iaitu Selako Rara. Kami telah berbincang sesama sendiri dan telah membuat pembentangan dalam mengetahui tentang suku kaum   selako rara. Ingin tahu budaya yang terdapat di suku kaum ngoncong tak??? jum saya ceritakan serba sedikit tentang budaya ngoncong..


contoh barangan yang diperlukan semasa budaya ngoncong
(sumber :  http://salakobato.blogspot.com/2007/01/ngoncong.html)



Budaya Ngoncong ini ialah merupakan sejenis perubatan tradisional yang di amalkan oleh masyarakat bidayuh selako rara. Amalan ini amat dihormati oleh masyarakat tersebut kerana percaya akan perhubungan dengan mahluk halus. Pengaruh terhadap kepercayaan tentang mahluk halus ini merupakan salah satu faktor pegangan erat terhadap kepercayaan ini dikatakan dihormati. menarik bukan budaya ini. kepercayaan ini mempunyai hubungan rapat bersama mahluk halus. 

Jika anda semua ingin tahu. Setiap penyakit yang menggunakan bantuan “ngoncong” dikatakan sembuh.  Contoh penyakit pelik yang dihidapi oleh pesakit seperti, penyakit yang disebabkan ilmu hitam, disampuk oleh mahluk halus serta penyakit yang berkaitan dengan alam sekeliling yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden. Mereka percaya akan hubung kait antara setiap benda dengan alam sekeliling. Masayarakat suku kaum selako rara.



contoh suasana ngoncong
(sumber :  http://salakobato.blogspot.com/2007/01/ngoncong.html)



Mereka percaya akan  penyakit pelik yang dihidapi oleh pesakit biasanya mempunyai kaitan dengan gangguan mahluk halus ataupun roh jahat. Ini kerana,tanda-tanda pelik yang terdapat pada badan si pesakit seperti cakaran, tompok merah yang kehitaman, dan tanda-tanda lain menguatkan lagi keparcayaan tersebut. Budaya Ngoncong akan segera diadakan bagi memulihkan si pesakit. 

Biasanya, ngoncong merupakan kaedah rawatan terakhir bila rawatan terhadap pesakit menemui jalan buntu.   Orang yang menjadi bomoh atau pengubat dalam ngoncong ini memerlukan  dua orang yang menjadi “Pengoncong” ,iaitu orang yang bertindak sebagai pengubat si pesakit. Selain itu, terdapat beberapa orang pula menjadi pembantunya. Jika anda lihat atau ketahui budaya.

Ngoncong ini sebenarnya lebih cenderung kepada roh-roh iaitu kepercayaan terhadap semangat-semangat ataupun roh.Budaya ini  menerapkan unsur-unsur alam sekeliling dalam kepercayaan mereka seperti, pokok, langit, sungai dan roh -roh  seperti semangat padi, semangat hutan dan roh si mati. 

Ini sahaja daripda kami... selamat belajar....

 gambar semasa upacara ngoncong
(sumber: http://salakobato.blogspot.com/2007/01/ngoncong.html)










1 comment: