Monday 17 February 2014

Dalam pembelajaran kami... kami telah ditugaskan untuk melakukan salah satu penambahbaikan dalam sesuatu tempat... nak tahu apa tempat yang telah kami pilih???? jom kita selongkar apa yang kita patut buat penambahbaikan. Tempat yang kami pilih ialah Pasar Serikin. Pasar Serikin ialah menjual pelbagai barangan  Contohnya barangan keperluan harian., pakaian, makanan dan pelbagai kraftangan. Pasar Serikin juga menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti barangan yang dijual.
( keadaan di Pasar Serikin)
(sumber:http://www.google.com destinasi-istimewa-sarawak.)

Memperbaiki  kelemahan penting untuk membuatkan sesuatu perkhimatan atau penambahbaikan tersebut berjalan dengan lancar. Kelemahan yang kami sedari ialah dalam perjalanan ke Pasar Serikin kami dapati keadaan jalan yang tidak bagus. Kekurangan tempat letak kereta. tempat rehat yang kurang dan juga keadaaan yang sesak untuk para pengunjung berjalan membeli belah.
(jualan di Pasar Serikin)






(http://www.google.com/perkhidmatanvansewa.blogspot.com)

Dalam memberi perkhimatan pula, kami  dapati bahawa dalam perjalanan menuju ke pasar Serikin pekara yang penting ialah, memperbaiki jalan yang tak rata atau rosak.  Selain itu, membuka tanah yang baru untuk memperluaskan tempat letak kereta. Disamping itu, memperluaskan lagi kawasan tapak jualan dan membina lebih banyak lagi untuk berehat.

(suasana di pasar Serikin)
(sumber;http://www.google.com/trip-to-kuching-sarawak-day-2-part-1.)

Pemantauan amat penting dalam penambahbaikan sesuatu tempat. kami dapati Pasar Serikin ialah memastikan keadaan yang selesa,selamat dan memastikan perjalanan menuju ke pasar Serikin berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment