Wednesday 19 February 2014


RAFFLESIA / BUNGA PAKMA




sumber: http://rafflesia-online.info/

Rafflesia atau bunga Pakma pada asalnya dijumpai di Hutan Sumatera Indonesia pada tahun 1816. Nama bunga ini pada asalnya ialah hasil gabungan dua orang yang telah menemuinya iaitu Sir Thomas Stamford Raffles yang merupakan seorang pengembara pengasal koloni British dan Dr. Joseph Arnold yang juga merupakan seorang doktor bedah tentera laut. Mereka telah menemui bunga ini ketika bersama-sama mengikuti ekspidisi hutan di sumatera dan telah merekodkan tumbuhan itu pada tahun 1816. Oleh itu, nama bagi bunga Pakma (Rafflesia) yang terbesar telah diberikan gelaran iaitu Rafflesia Arnoldii.

Ciri-ciri untuk bunga Rafflesia ialah:
 
Bunga ini tidak mempunyai daun dan tidak mempunyai batang. Ia juga tidak mempunyai akar. Bunga ini merupakan tumbuhan endoperasit pada tumbuhan lain. Ia juga hidup menumpang pada batang atau akar tumbuhan lain bagi mendapatkan galian gula, air dan protein untuk ia hidup dan membesar. Bunga ini hanya memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Selain daripada itu, adakah anda tahu bahawa bunga ini merupakan bunga yang terbesar di dunia? Untuk pengetahuan umum anda, bunga ini dapat membesar sehingga saiz diameternya boleh mencecah lebih 100 cm dan beratnya boleh mencecah hingga 10 kg. Bagi spesis Rafflesia yang kecil, saiz bunganya hanya berdiameter 20 cm. Untuk warna bunga tersebut, ianya oren kemerah-merahan dan mempunyai bintik-bintik putih di bahagian tengahnya. Bunga ini menghasilkan bau yang amat busuk dan ini menjadi tarikan kepada haiwan dan juga serangga untuk mendekatinya. Bunga ini sebenarnya mempunyai 2 jantina iaitu betina dan jantan. Untuk cara pembiakan bunga ini pula ialah, ia menggunakan kaedah pendebungaan dan menggunakan haiwan atau serangga untuk menyebarkan debunga dari bunga betina ke bunga jantan yang lain. Disebabkan itu, bunga betina dan bunga jantan tidak dapat hidup berjauhan. Bunga Rafflesia boleh hidup selama 4-5 hari sahaja dan ianya mengambil masa selama 9 hingga 15 bulan untuk mekar kembali.

No comments:

Post a Comment