Wednesday 5 February 2014

Anda nak tahu tak apa menariknya di Sarawak???
kami telah mengadakan heritage walk di seluruh bandaraya Kuching Sarawak.. kami telah mengenali Sejarah yang ada di bangunan tersebut.
                                        
Pertama sekali kami melawat ke Square Tower.  Menara Berbentuk Kotak ialah struktur warisan di Waterfront Kuching. Apabila anda berjalan sepanjang Sarawak River, anda akan terjumpa Square Tower, satu struktur seperti kiub putih di bentuk sebuah kubu. Tower Bersegi di Kuching ialah salah satu bangunan-bangunan kelihatan pelik yang keras terlepas. Ia telah dibina dalam 1879, tahun sama Fort Margherita di bertentangan bank sungai telah ditegakkan. Pada asalnya, ia telah digunakan sebagai sebuah penjara , dan ia malah mempunyai kurungan bawah tanah. Kemudian, ia bertukar menjadi sebuah kubu , malah ke dalam satu dewan tarian.



       
Seterusnya kami telah melawat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak atau lebih dikenali sebagai DUN. DUN ini mempunyai 9 tingkat. Bentuknya seperti terandak yang melambangkan orang pelbagai kaum yang terdapat di negeri Sarawak.Pada waktu malam bangunan ini amat cantik dengan cahaya lampunya yang terang. Disini pihak pentadbiran kerajaan menguruskan proses pentadbiran negeri Sarawak. Untuk makluman anda semua DUN yang kini merupakan bangunan yang kedua di negeri Sarawak.

                                       




Kami juga melihat Astana. Astana atau nama asalnya Istana. Astana dibina tahun 1870 semasa pemerintahan Rajah Charles Brooke. Astana merupakan hadiah yang ulang tahun perkahwinan diberikan oleh Charles Brook kepada isterinya Margerate Ranie. Astana memaparkan banyak artifak atau koleksi yang berkaitan dengan keluarga Rajah Brooke. Kini Astana merupakan kediaman rasmi TYT negeri Sarawak. Astana tidak boleh dimasuki oleh pelancong atau orang luar kerana ia kawasan larangan.. kalau nak begambar boleh kat luar sahaja. Pemandangan pada waktu malam juga amat cantik kerana dengan lampunya yang terang dapat menarik ramai pelancong yang melawat.

                     




Inilah waterfront yang terkenal di negeri Sarawak. Kalau ada masa lapang datang la melawat sambil bersenam dan melihat kelibat orang ramai. Pada waktu malam amat meriah. Ini kerana ramai hiburan yang ada di waterfront ini. Ada orang menari, menyanyi dan banyak bakat yang ada pada masyarakat Sarawak dapat anda saksikan disini.

                  


Selepas itu kami melihat Sarawak River Cruise. Ia beroperasi pada watu petang pada pukul 5 untuk melihat pemandangan di Negeri Sarawak. Bayaran untuk menaiki bot River Cruise RM60.00 dan untuk kanak-kanak dan pelajar RM30.00 sahaja. Tarian Tradisional juga akan dipamerkan di dalam bot tersebut.

No comments:

Post a Comment