Thursday 27 March 2014

Hai semua... pada hari ini kami telah mempelajari tentang Membina Hubungan baik Bersama Pelanggan... tetapi kami aplikasikan tentang membina hubungan baik bersama pelanggan dengan isu terbaru iaitu kehilangan pesawat MH370... semoga dengan kebaikan Tuhan kita kotak hitam MH370 akan dijumpai... sejurus itu juga, marilah berdoa untuk Pesawat MH370 untuk permudahkan segala usaha pencarian serpihan pesawat tersebut.
baiklah hari ini kami telah membuat pesawat dengan menggunakan bahan yang kami pilh seperti daripada kotak,kertas mahjong,maker,gunting,gam uhu dan pisau.. yang selebihnya hihi ^_^  terpulang nak guna apa untk membuat pesawat tersebut.

Sebagai pemandu pelancong kita seharusnya membina hubungan baik bersama pelanggan adalah untuk kebaikan dalam kerjasama mengendalikan sesuatu kerja atau menjadikan lawatan tersebut menjadi lebih seronok..
setelah berbincang ini lah yang kami dapat hasil senarai membina hubungan baik bersama pelanggan... nak tahu??? ok...
  • pemandu pelancong haruslah sentiasa senyum dan peramah bersama pelancong. 
  • pemandu pelancong haruslah menjaga emosi ketika mengendalikan sesuatu tugasan atau lawatan.
  • pemandu pelancong haruslah menjawab soalan atau pertanyaan para pelancong dengan baik dan sabar.
  • pemandu pelancong juga tidak berat sebelah sesama pelancong,
  • pemandu pelancong harus menjaga kebajikan para pelancong dan bertanggungjawab kepada pelancong
  • pemandu pelancong harulah bijak dalam mengendalikan keputusan yang dibuat.
  • pemandu pelancong juga haruslah menjawab dengan  sedaya upaya soalan yang ditanya oleh pelancong.
  • pemandu pelancong haruslah menjaga keselamat para pelancong
  • pemandu pelancong haruslah menepati masa yang telah ditetapkan.

---- nie kami sertakan dengan gambar gambar ketika membuat pesawat nie... nah.....
 ------ nie pula gambar yang kami habis atau terjadinya pesawat ini... hahhaha



walaupun semuanya perempuan yang membuat pesawat tengok betapa lawanya kami punya hahaha....

1 comment: