Monday 7 April 2014

Hari ini kita cuba sesuatu yang baru pula.. nak tahu apa?? Jum belajar pasal Twin otter... menarik kan?? Nak tahu apa itu twin otter?? jum tengok.... Kami telah diberikan oleh miss Dylinda untuk mencari maklumat tentang Twin Otter

Mula sekali kita kenal duluan ya... Pengenalan twin otter. Twin otter ini ialah milik MASwing.  Twin otter ini hanya boleh memuatkan 10 orang hingga 20 orang sahaja dalam 1 masa. Twin otter ini hanya digunakan untuk ke pendalaman sahaja. Contohnya ke Ba Kelalan, Bario, Long San, Long Seridan, Long Bangga dan Belaga , Mulu ke Miri. Perkhimatan ini terbatas juga tau kerana disebabkan masalah pengelihatan. Contoh atau jenis Twin otter ini ialah DHC6 Twin Otter, MH 3562. Pesawat ini akan memberikan perkhimatan ke pendalamanyang tidak menghubungkan dengan jalan raya di negeri Sarawak. Jika anda ingin tahu, pesawat ini digunakan untuk menghantar perubatan ke pendalaman tau... menarik bukan??

(rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/MASwings)
Yang lebih menarik lagi ia merupakan pesawat yang paling berjaya dalam sejarah Kanada. Tambahan maklumat untuk anda semua.. Pembuatan pesawat bermula pada tahun 1964 dan penerbangannya pertama adalah pada 20 mei 1965. ia juga berbentuk amfibia , ski atau berbentuk am. Ia cukup popular untuk laluan yang terpisah dari pembangunan, tanah tinggi dan pulau-pulau kecil dan jauh.
(rujukan : http://www.theborneopost.com)

Nak tahu tak apa perbezaan Twin otter dengan kapal terbang ialah... dari segi Destinasi ialah Twin Otter hanya mengabungkan kawasan pendalam sahaja tetapi kapal terbang mengabungkan bandar bandar utama. dari segi penumpang pula, bilangan penumpang terhad jika menggunkan Twin otter tetapi kapal terbang boleh membawa bilangan penumpang yang banyak dalam satu masa. jika dari segi saiz pula, Twin otter lebih kecil daripada kapal terbang. Enjin pula, Twin otter menggunakan enjin Kipas tetapi kapal terbang menggunakan enjin automatic.  Kemudahannya pula, Twin otter tidak sediakan makanan  tetapi kapal terbang sediakan makanan. Dari segi landasan pula Twin otter hanya memerlukan kawasan yang kecil sahaja untuk mendarat tetapi kapal terbang memerlukan kawasan yang luas untuk mendarat.

No comments:

Post a Comment