Tuesday 25 February 2014


ASAL USUL KAUM SALAKO RARA

Adakah anda tahu bahawa di Sarawak terdapatnya satu kaum yang dipanggil Kaum Salako Rara? Kaum salako Rara merupakan salah satu etnik yang minoriti di Sarawak dan dikelompokan dalam Bangsa Bidayuh. Etnik ini hanya tertumpu di sekitar Daerah Lundu dan mempunyai pertuturan yang unik serta sukar untuk difahami. Etnik Salako diyakini  berasal dari daerah Aliran Sungai Salako (sekarang dikenali sebagai Kecamatan di Kabupaten Sambas). Ada juga sumber mengatakan etnik ini berasal dari Sasak, Biawak (Malaysia), Lundu dan Paon. Semua informasi menegaskan bahawa nenek moyang mereka berasal dari Sarinokng (muara sungai Salako). 

Ini merupakan rumah panjang bagi etnik Salako di Kampung Pueh.
 




Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai asal usul etnik Salako, anda boleh mengunjungi Kampung Pueh yang terletak di Sematan.
MENARIKNYA TENTANG PENEMPATAN ORANG BIDAYUH IALAH... DI RUMAH PANJANG.. NAK TAHU KENAPA MEREKA TINGGAL DI RUMAH PANJANG ????

JOM LIHAT
PENEMPATAN MASYARAKAT BIDAYUH

Rumah panjang kaum bidayuh 
sumber:( http:ms//wikipedia.org/wiki/Suku Bidayuh 

 Bagi bidayuh selako rara mereka masih tinggal  di rumah panjang supaya boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka .masyarakat  bidayuh ini suka  dikawasan tanah tinngi  ini kerana mereka ingin menjaga keselamatan dari musuh  atau  supaya sukar musuh untuk menyerang mereka .tetapi sekarang ini  mereka lebih suka  membina rumah secara individu ataupun tidak berkumpulan .



                                     

Kami dari kumpulan 5tourtourism telah pun diberikan tugas untuk membuat maklumat selidik mengenai kaum bidayuh selakau rara yang merupakan salah satu etnik kaum yang terdapat di Sarawak.Di dalam maklumat tersebut kami sertakan maklumat mengenai asal-usul,adat resam dan tahap sosio-ekonomi tentang kaum tersebut.

   TAHAP SOSIO-EKONOMI BAGI KAUM BIDAYUH SELAKAU RARA 

             Apa menariknya tentang sosio -ekonomi ini ialah....
    Pada asalnya,kaum ini menyara kehidupan mereka sebagai petani dengan hanya bercucuk tanam dan mendapatkan hasil hutan.Namun kini,tahap sosio-ekonomi mereka semakin meningkat dan kebanyakkan  mereka kini bekerja dalam sektor perkhidmatan swasta dan awam dan bekerja sendiri bagi menaikkan taraf hidup mereka,Namun kaum ini masih mengamalkan amalan tinggal di rumah panjang dan ada juga yang lebih memilih untuk tinggal sendiri atau individu.

            (BERIKUT IALAH CONTOH GAMBAR)

(SUMBER: http://www.bharian.com.my/bharian/Sarawak/Gallery/KeindahanSarawak/064)
(Pekerjaan sebagai petani)



(SUMBER:ww2.utusan.com.my)
(penglibatan dalam perkhidmatan awam dalam memberi pendedahan adat resam kaum dalam sektok pelancongan.)







PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH SELAKAU
Ingin tahu tentang pakaian orang bidayuh tak??? jom kita ketahui....
       
  PAKAIAN WANITA/PEREMPUAN BIDAYUH SELAKAU 
Untuk pakaian wanita bidayuh selakau mereka mengenakan tema warna putih dan hitam dan  menggunakan hiasaian dari manik .bidayuh selakau tidak ngenakan topi seperti bidayuh  jagoi ,bidayuh biatah dan bidayuh bukar(sadong).mereka menggunakan  perhiasan kepala yang diperbuat dari manik dan duit syiling.         
(sumber:http://redgoldarawana.blogspot.com/2008/10/dayak-selakau)

                        


                                                       

  •   PAKAIAN  LELAKI BIDAYUH SELAKAU
Untuk pakaian lelaki pula  mereka mengenakan tema  warna hitam dan memakai sarung batik  tidak seperti bidayuh lain yang memakai seluar .pkaian ini dipakai apabila ada  keramaian menyambut orang terhormat atau perayaan  mahupun hari perkahwinaan.
(sumber:http://www.theborneopost.com/2012/06/18/homestay-as-post-conference-option-soon/)
 JOM SELONGKAR BUDAYA NGONCONG DI MASYARAKAT SELAKO RARA


Kami telah diberikan oleh Cik Dylinda iaitu pensyarah kami tugasan mengenai suku kaum Selako Rara. Kami mempelajari sesuatu yang baru dalam mengenai kaum yang jarang diketahui iaitu Selako Rara. Kami telah berbincang sesama sendiri dan telah membuat pembentangan dalam mengetahui tentang suku kaum   selako rara. Ingin tahu budaya yang terdapat di suku kaum ngoncong tak??? jum saya ceritakan serba sedikit tentang budaya ngoncong..


contoh barangan yang diperlukan semasa budaya ngoncong
(sumber :  http://salakobato.blogspot.com/2007/01/ngoncong.html)



Budaya Ngoncong ini ialah merupakan sejenis perubatan tradisional yang di amalkan oleh masyarakat bidayuh selako rara. Amalan ini amat dihormati oleh masyarakat tersebut kerana percaya akan perhubungan dengan mahluk halus. Pengaruh terhadap kepercayaan tentang mahluk halus ini merupakan salah satu faktor pegangan erat terhadap kepercayaan ini dikatakan dihormati. menarik bukan budaya ini. kepercayaan ini mempunyai hubungan rapat bersama mahluk halus. 

Jika anda semua ingin tahu. Setiap penyakit yang menggunakan bantuan “ngoncong” dikatakan sembuh.  Contoh penyakit pelik yang dihidapi oleh pesakit seperti, penyakit yang disebabkan ilmu hitam, disampuk oleh mahluk halus serta penyakit yang berkaitan dengan alam sekeliling yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden. Mereka percaya akan hubung kait antara setiap benda dengan alam sekeliling. Masayarakat suku kaum selako rara.



contoh suasana ngoncong
(sumber :  http://salakobato.blogspot.com/2007/01/ngoncong.html)



Mereka percaya akan  penyakit pelik yang dihidapi oleh pesakit biasanya mempunyai kaitan dengan gangguan mahluk halus ataupun roh jahat. Ini kerana,tanda-tanda pelik yang terdapat pada badan si pesakit seperti cakaran, tompok merah yang kehitaman, dan tanda-tanda lain menguatkan lagi keparcayaan tersebut. Budaya Ngoncong akan segera diadakan bagi memulihkan si pesakit. 

Biasanya, ngoncong merupakan kaedah rawatan terakhir bila rawatan terhadap pesakit menemui jalan buntu.   Orang yang menjadi bomoh atau pengubat dalam ngoncong ini memerlukan  dua orang yang menjadi “Pengoncong” ,iaitu orang yang bertindak sebagai pengubat si pesakit. Selain itu, terdapat beberapa orang pula menjadi pembantunya. Jika anda lihat atau ketahui budaya.

Ngoncong ini sebenarnya lebih cenderung kepada roh-roh iaitu kepercayaan terhadap semangat-semangat ataupun roh.Budaya ini  menerapkan unsur-unsur alam sekeliling dalam kepercayaan mereka seperti, pokok, langit, sungai dan roh -roh  seperti semangat padi, semangat hutan dan roh si mati. 

Ini sahaja daripda kami... selamat belajar....

 gambar semasa upacara ngoncong
(sumber: http://salakobato.blogspot.com/2007/01/ngoncong.html)










Wednesday 19 February 2014



TAMAN NEGARA GUNUNG GADING


(Gambar yang telah diambil semasa sem 2012 - Cindy)

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung ganang yang indah dan ianya terletak di satu pergunungan yang terpencil di bahagian barat dimana ianya berada tidak jauh dari dari bandar kecil Lundu. Ianya terletak kira-kira 60 km (37 batu) dari barat bandaraya Kuching. Perjalanan yang diambil untuk sampai ke Taman Negara Gunung Gading dari bandar Kuching agak memakan masa selama 2 jam.

Keistimewaan taman negara ini ialah kerana ianya dijadikan sebagai tempat perlindungan tertutup bagi tumbuhan bunga Rafflesia atau dikenali juga sebagai bunga Pakma. Ianya merupakan bunga yang terbesar di dunia. Selain itu juga, Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai kawasan air terjun semulajadi yang mempunyai 7 kawasan air terjun dimana ianya menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke sana. Mereka juga boleh bermandi manda di air terjun tersebut sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

Taman negara ini mula dibuka untuk orang ramai pada tahun 1994 sebagai tempat kajian mengenai bunga terbesar tersebut dan juga sebagai tempat lawatan aktiviti pelancongan yang lebih kepada alam semulajadi. 


Penambahbaikan untuk Taman Negara Gunung Gading

                           sumber:http://asianitinerary.com/kuching-gunung-gading-national-park/

1) Menurut petikan dari sumber tersebut mengatakan laluan tersebut licin dan perlu berhati-hati semasa menjalankan aktiviti. Oleh itu, cadangan penambahbaikan yang telah kami bincangkan ialah memperbaiki laluan jalan sepanjang Gunung Gading tersebut.
(Rujukan : https://foursquare.com/v/gunung-gading/)

2.a)  Menurut sumber dari laman web ini,  ada mengatakan harga bayaran masuk ke Taman Negara Gunung Gading agak mahal dan untuk bayaran masuk RM20. Untuk penambahbaikannya, cadangan kami ialah bayaran masuk perlu dikurangkan.
b) Selain itu, komen yang lain ialah tiada panduan atau petunjuk arah dimana terletaknya bunga Rafflesia. cadangan penambahbaikan ialah meletakkan pentunjuk arah untuk memudahkan pelancong mengetahui arah tuju terletaknya bunga Rafflesia.
(Rujukan : http://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g1642830-d456301-Reviews-Gunung_Gading_National_Park-Lundu_Sarawak.html)
 (komen daripada KR-EDINBURGH, edinburgh, united kingdom)
 

3.a) Berdasarkan komen tersebut, air terjun amat mengecewakan. mungkin kerana kesan pembuangan sampah di kawasan air terjun tersebut. Untuk penambahbaikan menyediakan tong sampah di sepanjang laluan jalan ke air terjun tersebut.
b) Selain daripada itu, komen yang lain ada mengatakan terlalu bahaya untuk memanjat batu yang besar. Penambahbaikannya ialah pelancong sendiri perlu memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan di sana. 
(Rujukan : http://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g1642830-d456301-Reviews-Gunung_Gading_National_Park-Lundu_Sarawak.html
(komen daripada myLauRaz, Sibu Malaysia)

RAFFLESIA / BUNGA PAKMA




sumber: http://rafflesia-online.info/

Rafflesia atau bunga Pakma pada asalnya dijumpai di Hutan Sumatera Indonesia pada tahun 1816. Nama bunga ini pada asalnya ialah hasil gabungan dua orang yang telah menemuinya iaitu Sir Thomas Stamford Raffles yang merupakan seorang pengembara pengasal koloni British dan Dr. Joseph Arnold yang juga merupakan seorang doktor bedah tentera laut. Mereka telah menemui bunga ini ketika bersama-sama mengikuti ekspidisi hutan di sumatera dan telah merekodkan tumbuhan itu pada tahun 1816. Oleh itu, nama bagi bunga Pakma (Rafflesia) yang terbesar telah diberikan gelaran iaitu Rafflesia Arnoldii.

Ciri-ciri untuk bunga Rafflesia ialah:
 
Bunga ini tidak mempunyai daun dan tidak mempunyai batang. Ia juga tidak mempunyai akar. Bunga ini merupakan tumbuhan endoperasit pada tumbuhan lain. Ia juga hidup menumpang pada batang atau akar tumbuhan lain bagi mendapatkan galian gula, air dan protein untuk ia hidup dan membesar. Bunga ini hanya memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Selain daripada itu, adakah anda tahu bahawa bunga ini merupakan bunga yang terbesar di dunia? Untuk pengetahuan umum anda, bunga ini dapat membesar sehingga saiz diameternya boleh mencecah lebih 100 cm dan beratnya boleh mencecah hingga 10 kg. Bagi spesis Rafflesia yang kecil, saiz bunganya hanya berdiameter 20 cm. Untuk warna bunga tersebut, ianya oren kemerah-merahan dan mempunyai bintik-bintik putih di bahagian tengahnya. Bunga ini menghasilkan bau yang amat busuk dan ini menjadi tarikan kepada haiwan dan juga serangga untuk mendekatinya. Bunga ini sebenarnya mempunyai 2 jantina iaitu betina dan jantan. Untuk cara pembiakan bunga ini pula ialah, ia menggunakan kaedah pendebungaan dan menggunakan haiwan atau serangga untuk menyebarkan debunga dari bunga betina ke bunga jantan yang lain. Disebabkan itu, bunga betina dan bunga jantan tidak dapat hidup berjauhan. Bunga Rafflesia boleh hidup selama 4-5 hari sahaja dan ianya mengambil masa selama 9 hingga 15 bulan untuk mekar kembali.

Tuesday 18 February 2014

Taman Negara Batang Ai ialah salah satu Taman negara yang menjadi tumpuan para pelancong. Ia juga sebagai tempat perlindungan hidupan liar. Taman negara ini dirasmikan pada tahun 1991. Tasik atau danau dilengkapi suasana yang tenteram dan pemandangan yang indah.

(latar belakang empangan Hidroelektrik)



 Taman Negara Batang Ai sebagai kawasan tadahan air bagi sebuah danau buatan membentuk empangan hidroelktrik batang Ai.

( pemandangan yang terdapat di Taman Negara Batang Ai)
Yang menariknya anda dapat berpeluang bertemu dengan masyarakat Iban. Best kan???
 Anda juga dapat berpeluang mempelajari budaya dan cara hidup mereka di rumah panjang.. ini ialah peluang bagi sesiapa yang ingin mengenali kehidupan masyarakat Iban di Sarawak.

(Pemandangan di hadapan Taman Negara Batang Ai)


Anda semua nak tahu tak  tentang  Gua Angin.??? Jum saya ceritakan. Gua Angin ialah Gua semulajadi yang terletak kira kira 5km  di Barat Daya Pekan Bau. Gua ini mendapat nama kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi-sepoi bahasa yang keluar masuk dari pintu gua ke pintu masuk lain. Gambar nie ialah trip kami semasa bersama Pemanduan Pelancongan Setempat tahun lepas..

(Pintu masuk ke Gua Angin)

Jika anda melihat keadaan di dalam gua tersebut ia mempunyai pelbagai bentuk.. Ia juga terdapat dalam bentuk menyerupai Kelapa Buaya. Menarik bukan.???

( Keadaan di Gua Angin)

Nak tahu apa lagi yang menarik???? anda boleh melihat pembentukan stalagmit dan stalakit. ia ialah formasi batu yang terhasil pada 60 juta tahun 
dahulu.

 (Keadaan di Gua Angin)